Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani bila mau mencintai dan dicintai, namun tahu dan sadar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu.
Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari
Cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi
Akarnya kokoh menghujam ke dasar bumi
Berlandaskan iman di hati dan tuntunan illahi rabbi
Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”
Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?
Kalau sudah tau dan pasti diri ini tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari yg kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk kita dengan insan soleh dan solehah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar